top of page

KONSEP/STRATEGI

honorsmindsetseminar_icon.png

Struktur Kurikulum Bersepadu 5 Tahun

Di bawah konsep ini, pelajar-pelajar akan mengikuti pengajaran dan pembelajaran kurikulum KSSM ke arah peperiksaan SPM pada tahun ke-5. Konsep ini telah diamalkan oleh beberapa pusat tahfiz integrasi terkenal atau kolej swasta terkenal dimana pencapaian peperiksaan di peringkat SPM sangat cemerlang.

​

Program/Konsep Hafazan Karantina

Program hafazan Karantina dibangunkan bertujuan supaya pelajar akan menghafaz Al-Quran sebanyak 30 Juzuk dalam masa 3 bulan di tingkatan satu (selepas program pembangunan). Melalui program ini, pelajar dapat memberi fokus 100% dan mempercepatkan lagi daya ingatan dan hafazan.

​

Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT)

Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) adalah kurikulum yang digubal berdasarkan kurikulum tahfiz al-Quran dari pelbagai institusi pendidikan agama yang diselaraskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jawatankuasa Kurikulum Agama Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran Dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

​

KBT menggabungkan dua komponen mata pelajaran tahfiz al Quran dengan sebahagian mata pelajaran sedia ada dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Pengintegrasian komponen ini diharap dapat melahirkan generasi pelajar yang menghafaz al-Quran (al-hafiz), menguasai dan mengamalkan ilmu-ilmu al-Quran di samping ilmu-ilmu lain. KBT ini juga akan memastikan pelajar dapat menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran dalam masa 5 tahun pengajian di peringkat sekolah menengah.

​

bottom of page