top of page

SOALAN LAZIM

1. Berapakah kadar yuran bulanan?

Untuk pengambilan sesi 2023, pihak pentadbiran kampus menetapkan kadar yuran BULANAN sebanyak RM750.00 untuk setiap pelajar.  Sila rujuk di halaman.

 

2. Apakah syarat-syarat kemasukan Tingkatan Satu 2023?

Syarat minima  adalah seperti berikut:

a. Menduduki dan mengambil peperiksaan akhir tahun 5 dan yang setara dengannya

b. Menduduki dan mengambil Peperiksaan Sekolah Rendah Agama (PSRA) atau Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK).

c. ​Mempunyai kemahiran asas dalam membaca al-Quran.

d. MINAT yang TINGGI untuk menjadi “hafiz & hafizah” Al-Quran

 

 

3. Apakah silibus yang digunapakai/ditawarkan?

Pihak pentadbiran kampus merujuk dan menggunapakai silibus berikut:

a. Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM);

b. Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM); dan

c. Konsep Ulul Albab yang menekankan Quranik, Ijtihadik dan Ensiklopedik.

 

 

4. Berapa jumlah pelajar yang diambil?

Kapasiti maksima kampus boleh memuatkan seramai 500 pelajar. Namun untuk pengambilan sesi 2023, pihak pentadbiran kampus menetapkan pengambilan pelajar (lelaki dan perempuan) hanya seramai 100 orang pelajar sahaja.

 

 

5. Adakah bayaran yuran secara ansuran dibenarkan?

Yuran tahunan sebanyak RM1,765.00 perlu dibayar penuh semasa sesi pendaftaran manakala yuran bulanan sebanyak RM750.00 boleh dibayar setiap tiga (3) bulan.

 

 

6. Di mana borang permohonan boleh diperoleh?

Borang permohonan boleh diperolehi secara atas talian (online) di laman sesawang atau di page Facebook sekolah.

 

 

7. Bagaimanakah cara pembayaran boleh dibuat?

Pembayaran boleh dibuat melalui dua (2) cara berikut:

a. Pindahan atas talian (online transfer) – Yuran dibayar secara pindahan atas talian (online transfer) ke akaun bank berikut:

 

Bank: CIMB

Cawangan: Seksyen 52, Petaling Jaya

No. Akaun​: 8002290783

Nama Pemilik Akaun​: Al-Durar (M) Sdn Bhd

 

 

Kadar yuran bagi seorang pelajar

TAHUNAN: RM1765

BULANAN: RM750

 

Nota:

Bagi setiap bayaran yang telah dibuat melalui pindahan atas talian (online transfer), ibubapa/penjaga adalah dipohon untuk kemukakan salinan bukti bayaran kepada pihak pentadbiran kampus semasa sesi pendaftaran.

 

 

8. Adakah Imtiaz Melaka dan Terengganu cawangan yang sama dan menggunapakai silibus yang sama?

Kampus Imtiaz Melaka dan Terengganu bukanlah cawangan yang sama dengan Imtiyaz Banting. Namun begitu, Imtiyaz Banting ini menggunapakai silibus yang sama sepertimana Imtiaz Melaka dan Terengganu.

 

 

 

9. Sesi penilaian dan intervensi

Penilaian akan dilaksanakan bagi menilai tahap kecendurangan minat pelajar untuk menjadi "hafiz dan hafizah" di samping menilai tahap akademik dan intervensi pelajar agar mereka berada pada satu tahap ilmu yang setara melalui pengkelasan pelajar yang seimbang. 

 

 

 

10. Dimanakah lokasi kampus?

Alamat kampus:

Maahad Imtiyaz Integrasi Ilmuan Ulul Albab (ILMU)

Lot 1766 - 1768,

Jalan Benteng, Mukim Kelanang

42700 Banting, Kuala Langat,

Selangor Darul Ehsan.

Tel: 03-3120 4172

 

Koordinat: 2.8130540 (N), 101.4331050 (E)

Waze: Imtiyaz Integrasi Ilmu Banting (dahulu dikenali sebagai Kem PLKN Jugra)

 

atau sila rujuk di HUBUNGI KAMI atau klik pada link GOOGLE MAP

​

 

​

11. Bilakah tarikh pendaftaran bermula?

Untuk pendaftaran pelajar lama dan pelajar Tingkatan Satu baharu sesi 2023, pihak pentadbiran kampus menetapkan tarikh pendaftaran adalah pada Ahad (19/3/2023). Namun permohonan selepas itu tetap diterima.

 

 

 

12. Adakah buku rujukan/teks disediakan oleh pihak kampus?

Buku rujukan boleh diperolehi di perpustakaan atau sendiri. Buku teks perlu disediakan sendiri mengikut standard KSSM.

 

 

 

13. Bagaimana untuk semak permohonan telah diterima?

Permohonan yang telah diterima boleh disemak dan akan dimaklumkan oleh pentadbiran kampus melalui:

  • Email surat tawaran/penolakan.

 

 

bottom of page