top of page

KURIKULUM UTAMA

pengertian kurikulum.png

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)

KSSM merujuk kepada Kurikulum Standard Sekolah Menengah yang digunapakai oleh sekolah-sekolah dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Melalui KSSM ini, pelajar akan mempelajari mata pelajaran teras dan bukan teras seperti yang ditetapkan bagi keperluan PT3 dan SPM.

​

​

Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT)

Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) adalah kurikulum yang digubal berdasarkan kurikulum tahfiz al-Quran dari pelbagai institusi pendidikan agama yang diselaraskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jawatankuasa Kurikulum Agama Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran Dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

 

KBT menggabungkan dua komponen mata pelajaran tahfiz al Quran dengan sebahagian mata pelajaran sedia ada dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Pengintegrasian komponen ini diharap dapat melahirkan generasi pelajar yang menghafaz al-Quran (al-hafiz), menguasai dan mengamalkan ilmu-ilmu al-Quran di samping ilmu-ilmu lain. KBT ini juga akan memastikan pelajar dapat menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran dalam masa 5 tahun pengajian di peringkat sekolah menengah.

​

​

​

​

bottom of page